Thursday, 18 January 2018

SEJARAH AWAL PENUBUHAN SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Kunak Jaya telah ditubuhkan pada 01 Februari 1988.   Pada mulanya sekolah ini dinamakan sebagai Sekolah Kebangsaan Pekan 2, namun atas permintaan penduduk setempat dan persetujuan pihak-pihak tertentu, akhirnya sekolah ini dinamakan mengikut nama kampung iaitu Kampung Kunak Jaya.
Di awal penubuhannya, sekolah ini sebenarnya hanya menggunakan balairaya yang dipinjamkan sebagai bangunan sementara berukuran 20’x40’ dan hanya mempunyai tiga buah bilik darjah sahaja.  Bilangan murid adalah seramai 150 orang sahaja.  Sekolah ini terletak 3 km dari Pekan Kunak dan lebih kurang 1 km ke hadapan adalah Laut Sulu.
 Pada tahun 1994, Sekolah Kebangsaan Kunak Jaya tidak lagi menggunakkan balairaya.  Sekolah Kebangsaan Kunak Jaya telah mendapat bangunan baru serta kediaman guru-guru.




Bangunan Baru Sekolah Kebangsaan Kunak Jaya
REAKSI PENDUDUK SETEMPAT

Pada awalnya, penubuhan sekolah melalui pelbagai rintangan terutamanya mengenai tapak sekolah.  Ini disebabkan beberapa buah keluarga terpaksa memberikan sebilangan kecil tanah mereka untuk dijadikan kawasan sekolah.  Sekolah ini terletak di tengah-tengah perkampungan nelayan, kilang ikan bilis dan kilang papan.

Murid-murid yang belajar di sekolah ini adalah terdiri daripada penduduk kampung yang terdiri daripada anak-anak nelayan, pekerja kilang ikan bilis dan kilang papan.

Kemudahan infastruktur seperti alat-alat pengajaran dan pembelajaran pada masa ini amat berkurangan.  Namun atas inisiatif daripada guru-guru serta peralatan yang dibekalkan oleh pejabat Pendidikan Bahagian Tawau memudahkan proses pengajaran dijalankan.

 

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home