SEJARAH AWAL PENUBUHAN SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Kunak Jaya
telah ditubuhkan pada 01 Februari 1988.
Pada mulanya sekolah ini dinamakan sebagai Sekolah Kebangsaan Pekan 2,
namun atas permintaan penduduk setempat dan persetujuan pihak-pihak tertentu, akhirnya
sekolah ini dinamakan mengikut nama kampung iaitu Kampung Kunak Jaya.
Di awal penubuhannya, sekolah ini
sebenarnya hanya menggunakan balairaya yang dipinjamkan sebagai bangunan
sementara berukuran 20’x40’ dan hanya mempunyai tiga buah bilik darjah
sahaja. Bilangan murid adalah seramai
150 orang sahaja. Sekolah ini terletak 3
km dari Pekan Kunak dan lebih kurang 1 km ke hadapan adalah Laut Sulu.
Pada tahun 1994, Sekolah
Kebangsaan Kunak Jaya tidak lagi menggunakkan balairaya. Sekolah Kebangsaan Kunak Jaya telah mendapat
bangunan baru serta kediaman guru-guru.
Bangunan Baru Sekolah Kebangsaan Kunak Jaya
REAKSI PENDUDUK SETEMPAT
Pada awalnya, penubuhan sekolah
melalui pelbagai rintangan terutamanya mengenai tapak sekolah. Ini disebabkan beberapa buah keluarga
terpaksa memberikan sebilangan kecil tanah mereka untuk dijadikan kawasan
sekolah. Sekolah ini terletak di
tengah-tengah perkampungan nelayan, kilang ikan bilis dan kilang papan.
Murid-murid yang belajar di
sekolah ini adalah terdiri daripada penduduk kampung yang terdiri daripada
anak-anak nelayan, pekerja kilang ikan bilis dan kilang papan.
Kemudahan infastruktur seperti
alat-alat pengajaran dan pembelajaran pada masa ini amat berkurangan. Namun atas inisiatif daripada guru-guru serta
peralatan yang dibekalkan oleh pejabat Pendidikan Bahagian Tawau memudahkan
proses pengajaran dijalankan.