Thursday, 18 January 2018

SEJARAH AWAL PENUBUHAN SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Kunak Jaya telah ditubuhkan pada 01 Februari 1988.   Pada mulanya sekolah ini dinamakan sebagai Sekolah Kebangsaan Pekan 2, namun atas permintaan penduduk setempat dan persetujuan pihak-pihak tertentu, akhirnya sekolah ini dinamakan mengikut nama kampung iaitu Kampung Kunak Jaya.
Di awal penubuhannya, sekolah ini sebenarnya hanya menggunakan balairaya yang dipinjamkan sebagai bangunan sementara berukuran 20’x40’ dan hanya mempunyai tiga buah bilik darjah sahaja.  Bilangan murid adalah seramai 150 orang sahaja.  Sekolah ini terletak 3 km dari Pekan Kunak dan lebih kurang 1 km ke hadapan adalah Laut Sulu.
 Pada tahun 1994, Sekolah Kebangsaan Kunak Jaya tidak lagi menggunakkan balairaya.  Sekolah Kebangsaan Kunak Jaya telah mendapat bangunan baru serta kediaman guru-guru.




Bangunan Baru Sekolah Kebangsaan Kunak Jaya
REAKSI PENDUDUK SETEMPAT

Pada awalnya, penubuhan sekolah melalui pelbagai rintangan terutamanya mengenai tapak sekolah.  Ini disebabkan beberapa buah keluarga terpaksa memberikan sebilangan kecil tanah mereka untuk dijadikan kawasan sekolah.  Sekolah ini terletak di tengah-tengah perkampungan nelayan, kilang ikan bilis dan kilang papan.

Murid-murid yang belajar di sekolah ini adalah terdiri daripada penduduk kampung yang terdiri daripada anak-anak nelayan, pekerja kilang ikan bilis dan kilang papan.

Kemudahan infastruktur seperti alat-alat pengajaran dan pembelajaran pada masa ini amat berkurangan.  Namun atas inisiatif daripada guru-guru serta peralatan yang dibekalkan oleh pejabat Pendidikan Bahagian Tawau memudahkan proses pengajaran dijalankan.

 

Friday, 7 July 2017

UNIT-UNIT DALAM HEM 2018

KETUA-KETUA KELAS 2018
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID:
PUAN. AIDAH BINTI DAKMAN



UNIT DISIPLIN 2018
GURU DISIPLIN:
EN.MUHAMMAD AMINUDDIN BIN HUSAINI



UNIT BIMBINGAN KAUNSELING 2018
 GURU KAUNSELING:
PN. SALMAH BINTI TEMBO



PENGAWAS PUSAT SUMBER 2018
GURU PUSAT SUMBER:
CIK. SERIMAH BINTI MAPERE



UNIT PPDa 2018
GURU PPDa:
UST, RAHIM BIN HALIK




Program Sekolah Bacaan Surah Yassin

Semoga Warga Sk Kunak Jaya Allah Rahmati




Monday, 3 July 2017

LAGU SK KUNAK JAYA

VEDIO SK KUNAK JAYA

Gambar-gambar aktiviti Sk Kunak Jaya dari awal tahun 2018

PERHIMPUNAN AWAL TAHUN
 



PERUTUSAN PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI SABAH
2018
 

BACAAN PERUTUSAN
OLEH : EN ROSLI
PENGAWAI UNGGUL SK KUNAK JAYA
 
PELANCARAN PROGRAM PATROL 2018 
RAKAN PENCEGAHAN JENAYAH
GURU BESAR BERSAMA KETUA POLIS DAERAH KUNAK


KETUA POLIS DAERAH KUNAK MENURUNKAN TANDATANGAN

 

 PENERANGAN BERKAITAN RAKAN PATROL
BARISAN PEGAWAI POLIS DAN GURU-GURU SK KUNAK JAYA
 
 
 
 

EKSA SK KUNAK JAYA 2017

MAMPU telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.

Secara khususnya, penjenamaan semula ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan agensi kerajaan:
1.    memperluas pelaksanaan di agensi-agensi Kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang                  kondusif
2.    meningkatkan imej korporat;
3.    menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan;
4.    menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan            Hijau; dan
5.    memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan.

gambar-gambar EKSA Sk Kunak Jaya

Sebelum:





Selepas:



Maaf!     banyak lagi perubahan yang tak dapat di uploud 😃💜💘
Masih dalam Edit

AKTIVITI UNGGUL SK KUNAK JAYA 2017

Bermula dari bulan Mac sk kunak Jaya telah membuat program kelas tambahan tahun Enam untuk persediaan UPSR 2017.Program ini dirancang mengikut kumpulan dan akan berakhir hingga bulan peperiksaan upsr. setiap murid telah di bahagikan kepada beberapa kumpulan di bawah bimbingan beberapa orang guru mata pelajaran.

GAMBAR AKTIVITI:





Program Motivasi bersama Ibubapa murid Tahun 6





Program Kelas tambahan berlangsung selepas kelas perdana setiap hari, tetapi bergantung pada guru pembinbing menetukan masanya. Kadang-kadang Kelas ini berlarutan sehingga ke hari Sabtu.




Selain Program Kelas Tambahan, sekolah juga merancang program Bengkel teknik menjawab soalan peperiksaan setiap Mata Pelajaran UPSR. Program ini telah berlangsung sebelum dan selepas Ujian bulan Mac dan Ujian Pertengahan Tahun.

DIALOG PRESTASI UNGGUL BERSAMA PPD

Sekolah telah mensasarkan keputusan UPSR tahun ini berada dalam kelompok 10 terbaik dalam daerah dan berusaha lari daripada tanggah ke2 tercorot. Jesteru itu, Pelbagai Aktiviti telah dirancang sepanjang tahun ini bagi menaikkan lagi nama baik sekolah.

Thursday, 30 June 2016

Bengkel Subjek teras UPRS BM,BI M3 dan SAINS


kem akademik skkj 2016

pada 27 hingga 29 Mei 2016 sekolah mengadakan kem akademik Matematik UPSR 2016. kem ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam. kem ini melibatkan 84 orang murid dan 40 orang guru.
objektif kem: menyediakan murid menghadapi UPSR 2016

LAGU SEKOLAH KEBANGSAAN KUNAK JAYA